Monday, April 15, 2024

Kasih sayang antara guru dan pelajar

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/1/2022


"Dia sedang berehat, tak mahu diganggu. Tapi sebab kamu yang telefon, biasanya dia pesan minta bagitahu."


Terbang melayang rasa hati, berbunga-bunga senyuman, disulam sedikit rasa serba salah bila kakak kepada Anisah Maha, (pensyarah di kuliah dakwah) maklumkan begitu ketika telefon di hari terakhir Ramadhan hampir 20 tahun lalu.



Anisah menceritakan mereka qiamullail hingga ke subuh pada malam tersebut.


Begitu juga dengan sahabat-sahabat di Syria. Masih ada pensyarah, warden yang disayangi dan still keep in touch.


Kasih sayang antara guru dan murid. Dalam ramai-ramai murid dan guru, pasti ada yang istimewa. Sama saja samada kanak-kanak, remaja atau dewasa. 


Dalam kesibukan, ada ketenangan. Alhamdulillah

Saturday, April 13, 2024

Kenangan Jamik An Nabulsi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/1/2022


Melihat gambar Jamik An Nabulsi, mengingatkan kenangan 15 tahun lalu, bawa Abdul Rahman (ketika baby) bersama-sama dengar kuliah maghrib Sheikh Rotib An Nabulsi di sini.




Antara isi kuliah yang sering Sheikh ulang-ulangkan, yang melekat di sanubari:




"Manusia itu diciptakan LEMAH,supaya dia rasa MEMERLUKAN ALLAH. Lalu dia akan BAHAGIA walau dalam keadaan lemah."


"ALLAH jadikan kita adalah untuk memberikan rahmat dan kasih sayang kepada kita, bukan untuk membinasakan dan menyeksa kita.


((Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, ; dan untuk itulah Allah menjadikan manusia.)) Surah Hud: 119

Friday, April 12, 2024

HIKMAH BERHARI RAYA.

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Peluang ziarah menziarahi saudara mara di hari raya memberikan pelbagai pengajaran.


Antaranya bila kita merenung kata-kata warga emas. Ada antara mereka yang meluahkan KELAZATAN BERIBADAT walaupun dalam keadaan fizikal yang terhad.



Ada yang berusia 90 tahun, tak boleh berdiri, hanya duduk dan mengesot, tapi tetap semangat pergi ke masjid, berterawih dan berpuasa penuh. Begitulah nilai kelazatan ibadah dalam diri mereka.


Moga ia menjadi motivasi dalam jiwa warga muda.

Thursday, April 11, 2024

Kisah si bongsu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/1/2022



KISAH SI BONGSU (1)


👦🏻: Mama, 4+1 berapa?


🧕🏻: 5


👦🏻: Mana ada. Cuba kira betul-betul.


🙃




---------------------------

KISAH SI BONGSU (2)


👦🏻: Mama, cuba teka surah apa ni?


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم؟


🧕🏻: Mana mama tau. Ahmad tak mula baca lagi.


👦🏻: Kata dah hafal semua Al Quran.....


🙃🙃🙃

Tuesday, April 9, 2024

Mula hafaz Al-Quran di usia 40?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/1/2022


Minggu lepas, seorang rakan lama (sejak kuliah di Syria) bertanya cara untuk mula menghafaz Al-Quran.


Walaupun sudah berusia 40 tahun, hatinya bagai disiat-siat keinginan hafaz Al-Quran. Tambah-tambah lagi bila ajar tahfiz.



Saya selalu dengar rakan-rakan guru, waris-waris yang 'cemburu' dengan usia kecil anak-anak yang boleh menghafaz Al-Quran.


Insyaallah permulaan yang membara untuk kesudahan yang gemilang.


بداية محرقة لنهاية مشرقة

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...