Majalah Aulad mmg majalah kesukaan Abdullah n Abbudey..Banyak faedah dan pelajaran yg mereka dapat dari majalah ini. Mereka boleh duduk diam berjam2 mengadapa Majalah Aulad....menulis, mewarna, membaca dan mcm2 lagi...
Kraftangan kali ini kami ambil dr Majalah Aulad keluaran JUN 2009...
ye...JUN 2009...(punyalah lama...)
cover majalah yg ini ya?
Bilangan 82 (jun 2009)
Kraf SARANG BURUNG
Abang Abbudey mula menggunting
Adik Abdullah cuba menolong
background n sarang burung dari pinggan kertas yg dah siap
mukasurat cara2 membuat kraf sarang burung
siap! anak2 burung dah masuk sarang burung!
Dua orang budak yg gembira n puas hati dapat menyiapkan kraftangan sarang burung dari Majalah Aulad
OK...selesai cerita ttg kraf tangan ni, nak cerita ttg majalah Aulad ini..
Sebenarnya majalah ini kami beli di pasaraya di Sungai Petani.W/pun majalah ini sudah 2 tahun, tp tetap dijual dgn harga asal (RM 2)..tak tahu kenapa??...
Dan mereka iklankan: 'koleksi majalah AULAD, 5 jilid = $10'...nampak mcm murah kan? tp sebenarnyha ia dijual dgn harga asal...
Agak licik kan??...hmmmm
mmg harga asal RM2 pun
OK..kalau ada sesiapa yg tahu dimana boleh dapatkan Majalah Aulad yg lama (dalam kuantiti yg banyak) dengan harga lebih murah dari harga asal, sila emel ke: aishahhashimee@gmail.com
Ucapan terima kasih kepada semua peserta yang menyerti GA ini...Semoga hasrat anda semua anda dimakbulkan ALLAH dan semoga anda semua akan sentiasa diberkati ALLAH..
Dan ALhamdulillah juga, cabutan bertuah telah dilakukan oleh Muhammad Abdul Rahman pada pukul 9.30am, pagi ini....
Untuk mengetahui pemenangnya, sila lihat video di bawah ini, InsyaALLAH:
Blog cinta-rasul mengucapkan TAHNIAH kepada pemenang. ALLAH telah memberi rezeki dan menentukan bahawa anda adalah penerima 'ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal AL-Quran'.
Kami berharap semoga ebook ini akan memberi manfaat kepada anda, InsyaALLAH..TAHNIAH sekali lagi..
PERHATIAN KEPADA PEMENANG: sila hantarkan nama penuh dan alamat emel secepat mungkin ke (aishahhashimee@gmail.com) supaya kami dapat menghantar hadiah kepada anda. Terima Kasih
Kepada peserta lain, diharap jangan berduka cita dan menyesal...Semuanya telah ditentukan ALLAH..Mungkin rezeki anda ada pada hari2 yg lain, InsyaALLAH! Semoga hari2 anda sentiasa di bawah rahmat dan limpah kurnia Ilahi. Terima kasih atas penyertaan anda....
Semoga kita bersua lagi di GA yg akan datang, InsyaALLAH (ada ke??)
Bila sebut tajuk Nasyid Ghuraba', mesi ramai yang sudah tahu dan hafal lirik nasyid yg sangat popular zaman berzaman ni.
Nasyid bahasa Arab yg berinspirasikan dari Hadis Riwayat Muslim (daripada Abu Hurairah) yg bermaksud:
Sabda Rasulullah SAW: (( Bermulanya Islam itu asing (pelik) , dan ia akan kembali asing(pelik) . Maka, berbahagialah orang yg 'asing'.))
Asing di sini bukan bermakna pendatang asing. Tetapi ia bermaksud orang yang mengamalkan ajaran Islam akan dianggap asing dan pelik. Orang yang berbuat amal soleh ketika masyarakat rosak!
Lihat sahaja hari ini....orang yang bertudung labuh, berjubah dianggap pelik...tapi yg berpakaian ketat dan tak menutup aurat itu biasa.
Satu lagi contoh yg simple: Dalam dunia remaja, kalau seorang remaja itu menghabiskan masa pada malam menyambut tahun baru dengan bertahajjud dan membaca quran akan dianggap pelik, ganjil dan buang tebiat.
Tapi, yg menyambutnya dengan merempit, berpesta dan lain2 maksiat itu dianggap biasa.
Begitu juga seseorang yg tidak berkawan dengan lelaki (atau jantina yg berlainan) akan dianggap kolot dan 'kampung', tapi yg dok ke hulu ke hilir bawa awek dan ikut balak itu akan dibanggakan...
pelik kan?? Benarlah Sabda Rasulullah SAW.
MARI SAMA2 KITA HAYATI MAKSUD NASYID YG SANGAT MEMBERI SEMANGAT N INSPIRASI INI.
Maksud Lirik Nasyid Ghuraba
Orang-Orang Asing 8X
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
Orang-Orang Asing 8X
Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya, Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya. Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan, Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan. Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan, Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.
Orang-Orang Asing 8X
Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira, Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang. Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira, Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.
Orang-Orang Asing 8X
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
(maklumat lanjut tentang nasyid ini, boleh lihat web di atas itu.)
P/s: Saya tertanya2 kenapa nasyid ni amat popular w/pun sudah berpuluh2 tahun berlalu. Mgkin kerana yg mngarang lagu ini sangat tulus dan ikhlas...Setiap amalan yg ikhlas dan tulus biasanya akan berpanjangan dan tersebar meluas..Contoh yg mudah kitab hadis 40, matan2 yg masyhur n sbgnya.
Abdullah dapat menghafal Ghuraba' ini w/pun hya mendengarnya 2,3 kali sahaja...MasyaALLAH otak budak2 mmg cepat menghafal...MasyaALLAH.
(1st time Abdullah dengar nasyid ini ialah ketika ihtifal di Tahfz Rabu lalu, balik rumah dia minta saya tunjuk nasyid ni, saya pon search dan tunjuk padanya...2,3, kali lepas tu, terus dia boleh hafal...)
Jadi, pastikan anak2 anda hya melihat n mendengar dan melihat PERKARA YG BAIK2 SAHAJA, InsyaALLAH!
Semoga kita tergolong dalam golongan GHURABA' yang didoakan kebahagian oleh Rasulullah SAW
Alhamdulillah .....Syukur saya panjatkan kepada Ilahi atas nikmat2Nya yg amat banyak, tak terkira banyaknya.
Alhamdulillah...rasa amat bersyukur sekali kerana penjualan ebook ' 3 LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK HAFAL AL-QURAN' mendapat sambutan di luar jangkaan dan amat memberansangkan walaupun belum sebulan lagi ia berada di pasaran.
Saya amat bersyukur kerana kesedaran untuk mengukir anak2 dengan Islam masih tinggi dalam masyarakat kita. Saya berdoa semoga ia akan membuahkan nilai2 Islam yg tinggi dalam keluarga2 Muslim, InsyaALLAH
Justeru itu, saya berniat untuk menderma satu set ebook tersebut kepada pembaca blog cinta-rasul ini.
set ebook yang bernilai RM50
Cara untuk menyertainya mudah sahaja:
Anda hanya perlu komen di dalam entry ini untuk menyatakan keinginan anda untuk menyertai giveaway serta panjatkanlah doa buat keluarga kami, InsyaALLAH...itu sahaja!
Penyertaan akan ditutup pada 10/12/2011 (hari sabtu, jam 12 malam) dan akan diumumkan pada (11/12/2011 - tarikh genap sebulan ebook ini berada di pasaran.)
**InsyaALLAH penentuan pemilik ebook ini akan dibuat melalui cabutan bertuah pada 11/12/2011.
Maklumat lanjut tentang ebook ini, anda boleh dapat dari:
Sebenarnya aktiviti kali ini walaupun namanya pertandingan melukis, tp sebenarnya bukanlah tujuanya utk tentukan pemenang. Tapi hanyalah idea untuk mengisi masa luang dengan anak2 dan mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama anak2
Memandangkan Abdul Rahman sgt suka melukis skrg, saya pon bermain pertandingan melukis bersamanya dan Abdullah
ada rupa zirafah x?
pencabar handalan..hiii
dua orang budak yg sgt khusyuk melukis n mewarna
gaya Abdullah ketika melukis
Inilah pertandingan melukis kami...
Hanya utk suka2 n mengeratkan hubungan bersama anak2
Lukisan Angry bird yg kami tiru dr pencil box yg Maklong Ana hadiahkan kepada Abbudey
Tikuih (kata org kedah. Dalam bahasa kamusnya: tikus)
p/s: gambar x berapa clear krn masalah pencahayaan (maklumlah malam n kamera cap kambing yg byk berjasa...haha)
Alhamdulillah setelah 2 minggu ebook '3 langkah mudah didik anak hafal Al-quran' dilancarkan, beberapa hari lalu peluang affiliate untuk ebook ini telah berjaya dilansungkan.
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi menjual dan menyebarkan ebook ini bolehlah mendaftar nama dan emel di website ini (bahagian bawah sekali ) :
Setiap peserta affiliate InsyaALLAH akan diberikan 50% dari harga ebook yang berjaya dijual, InsyaALLAH.
antara banner utk affiliate yg ditawarkan
Sebarang pertanyaan bolehlah diemelkan ke: mudahhafalquran@gmail.com
Dan Alhamdulillah juga, genap 2 minggu ini penjualan ebook ini berjalan lancar dan sgt memberansangkan (Alhamdulillah)... tanpa sistem affiliate, tanpa iklan dan promosi yg banyak (hya dlm fb shj), dan email list, syarikat islamic parenting network berjaya menjual hampir 50 buah ebook sepanjang 2 minggu ini. (betul2 ni, tak tipu n bukan sekadar sedap mulut org berniaga ye. Orang Mukmin tak menipu dalam jual belinya dan dalam segala urusannya...)
Ini menunjukkan masyarakat kita masih mengambil berat tentang pendidikan awal Al-quran kepada anak2...ALhamdulillah...