Alhamdulillah...beberapa hari yg lalu kami berkesempatan melakukan kraf quilling (atau dalam bahasa melayunya: kraf gulungan kertas) ...
satu pengalaman yg menarik..
benda2 asas yg boleh diguna. (Kertas, Gunting, Lidi, Gam)
Yg mama buat untuk mengajar Abbudey
Quilling Lorry
Walaupun nampak complicated, tp sebenarnya craft ini sgt menarik dan seronok dibuat, InsyaALLAH pada masa hadapan, kami akan bersama2 melakukannya lagi InsyaAllah.
yg sebelah kiri tu Abbudey yg buat
Jom sama2 berseronok dan luangkan masa dengan anak2 dengan aktiviti2 yg berfaedah!
Hilangkan stress!
Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas merupakan peluang pertama untuk Abdullah (3 tahun) membuat persembahan bacaan Al-quran di khalayak ramai di Madrasah Raudhatul Muslimin, Kembal. Persembahan dibuat sempena ceramah Wan Nason kepada ibu bapa di madrasah tersebut.
Sebenarnya, byk kali saya mencari peluang untuk menampilkan Abdullah menyampai bacaannya, tapi takde peluang yg sesuai..
Tujuan saya ialah supaya Abdullah boleh membina keyakinan diri di khalayak ramai. Dan itulah yg saya lakukan ketika Abdul Rahman berumur 2 tahun,Dan ALhamdulillah Abdul RAhman mempunyai keyakinan diri di khalayak ramai sehingga ke hari ini
Apa2 pun saya hya rakam persembahan Abdullah dgn HP sahaja...(sebabnya segan nak rakan dengan Handycam, nnt nampak cam jakun sangat la pulak...adoi laa!)
Jika sudi, tontonlah video bacaan AL-Quran Abdullah (yg x berapa nak kualiti gambar dan bunyinya...maaf ye...)
Abdullah menyampaikan hafazan dr muka pertama Surah Yasin
Dan persembahan Abbudey semasa 2 tahun post lain kali jelah ye?? dulu ada post sekali, tp dah hilang, x jumpa kat mana?? Nnt jelah cari semula videonya dalam laptop satu lg..
Sebenarnya sy ingin berkongsi tajuk ini pada waktu mula2 melatih Abbudey solat 5 waktu. Tp saya fikir semula sejauh mana kejayaan dan keberkesanan cara yg saya guna?
Jd selepas ia benar2 berjaya, barulah saya kongsikan sekarang.
Alhamdulillah, Abbudey sekarang sudah berjaya menunaikan solat 5 waktu seharian.
Alhamdulillah juga dalam usaha mendidik Abbudey utk mendirikan solat 5 tahun adalah tidak sukar. Hya perlu ajak solat berjemaah ketika di rumah, dan bila baba ada di rumah pergi solat berjemaah di Masjid.
YA. SAYA ULANG SEKALI LAGI. SAYA HYA SENTIASA MENGAJAK ABBUDEY DAN ABDULLAH SOLAT BERJEMAAH PADA SETIAP WAKTU SOLAT hingga mereka biasa solat 5 waktu sendiri. Solat Subuh juga berjaya ditunaikan pada waktunya. (Yelah, waktu Subuh habis pukjul 7.30 , dan perlu bangun bersiap ke sekolah sebelum pkl 7, jd sempat utk solat Subuh.)
Kebetulan sewaktu saya menulis entry ini, saya terjumpa video ini:
Video yg sangat bermanfaat untuk kita muhasabah kembali peranan kita dalam mendidik anak2. Adakah kita sedang mencorak seorang penjenayah @ seorang ulama??!!. Saya harap anda dapat menontonnya.
Konklusi: 1- Komunikasi AYAH bersama anak sangat penting dlm mendidik anak2. LEBIH PENTING DR SEORANG IBU!
2- Sgt tidak logik jika inginkan anak2 tunaikan solat @ mnghafal Al-Quran, tetapi tiada amalan sedemikian dalam rumah.
3- Ayat utk melembut hati anak2 ialah surah Alam Nasyrah TAPI DENGAN SYARAT banyakkan usaha dan berdoa. Hya membaca ayat penerang hati sahaja tidak dpt mbuahkan hasil yg baik!
4- Jgn hya mengarah. SENYUMLAH kepada anak2 waktu sebelum mereka tidur, pada waktu mereka bangun tidur dan pada waktu tengahari.
5- Jangan jadikan rumah kita KUBUR! semua sibuk dengan hal masing2. Game, fb, tv!
Sila tonton video ini utk melengkapkan maklumat, ini hyalah kesimpulan yg sangat ringkas!
InsyaALLAH jika kita biasa dengan suasana ibadah, suasana Al-Quran dalam rumah kita, InsyaALLAH mudahlah anak2 mengikutnya.
saya harap perkongsian yg sedikit ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sama2lah kita berdoa dan berusaha agar anak2 kita dapat menjadi IMAM BAGI ORG2 YG BERTAQWA. amin2.
saya pernah menulis ttg menukar tontonan kartun kanak2 ke bahasa arab supaya dapat menghindari mereka dr meniru ayat2 yg x baik di sini, dan sini.
Mungkin ada yg komen, kartun2 tu semua nampak kaku n boring...Jd utk entry kali ini, sy cuma perkenalkan kartun yg popular ttp dalam bahasa arab fushah...
Apapun jgnlah bairkan anak2 TERLALU LAMA di depan skrin..