Friday, November 15, 2013

Tips untuk mengajar anak berkomunikasi/ bercakap dalam Bahasa Arab (Siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah selesai karangan tentang tips mengajar anak bercakap dalam Bahasa Arab siri 1 pada entri yang lepas yang panjang lebar, rujuk sini InsyaALLAH pada kali ini saya akan sambung siri yang ke-2.


Antara langkah untuk mengajar anak2 berbahasa arab ialah anda perlu mulakan.

Mulakan berbicara dengan anak2 dengan bahasa arab.

Guna ayat2 yang simple, tapi guna setiap hari.
Contoh:
1- Tanya anak setiap hari:
کيف حالک ؟ 
(Kaifa haluka? = Apa khabar?)

dan minta dia jawab:
الحمدلله أنا بخير
(Alhamdulillah Ana Bikhair = ALhamdulillah saya sihat)

Contoh juga:
Tanya anak:
هل أنت تريد العصير؟
(Hal anta turidul 'Asir = Adakah awak nak jus?)

Dan ajar dia jawab kalau mahu:
نعم، أنا أريد العصير
(Naam, Ana uridul 'Asir = Ya saya mahu jus)

Kalau tak mahu pula, ajar anak:
لا، لا أريد
(Tidak, saya tak mahu)

Demikianlah sebagai contoh.

Untuk mendapatkan idea dan maklumat tentang ayat perbualan dalam Bahasa Arab, anda boleh dapatkan buku perbualan dalam Bahasa Arab di kedai2 buku.

Boleh juga dapat idea dari buku2 kanak2 seperti ini:


amalkan ayat2 yg mudah2 seperti dalam buku itu setiap hari.

Jika diulang2 setiap hari, bukan suatu perkara yg susah untuk anak anda berkomunikasi dalam Bahasa Arab setiap hari.

Antara entri ayat yang saya ajar anak2 dalam Bahasa Arab sejak dari kecil seperti ini:





Langkah yang paling penting dalam setiap usaha kita mendidik anak2 ialah ISTIQAMAH

Buat apa sahaja pun nak kena isitiqamah kalau nak berjaya.

Kalau takat sehari sahaja bercakap bahasa arab, bagaimana anak2 dapat bercakap dalam Bahasa Arab.

Tulis besar2 dan tampal di dinding bilik:
HARI INI SAYA NAK CAKAP BAHASA ARAB DENGAN ANAK2.

Maka semangat anda akan berkobar2 untuk melakukannya setiap hari.

PAKSA juga setiap ahli keluarga bercakap bahasa Arab. Kerjasama yang baik akan memudahkan usaha untuk anak2 berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

Ini juga sangat penting.

Sokongan dan motivasi dari orang yang paling hampir dan rapat dengan kita akan membuatkan kita sentiasa bersemangat dengan azam dan matlamat kita.

Jika tiada sokongan dari orang yg paling hampir dengan anda , anda masih boleh berjaya jika anda mempunyai semangat yang waja dan kental.
AKU TAK KISAH APA ORANG KATA ASALKAN AKU TAU APA YG AKU BUAT INI BETUL DAN AKU NAK ANAK BERCAKAP DALAM BAHASA ARAB ! (ok ke?)

Banyakkan berdoa moga ALLAH sentiasa menyemarakkan api semagat untuk mengajar anak sehingga mereka mampu untuk bercakap dalam Bahasa Arab.

Sekian dahulu tips untuk mengajar anak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Doa saya buat anda moga ALLAH memberi kejayaan kepada azam dan cita2 anda. Amin3.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...