Sunday, February 23, 2014

Mulianya orang yang menggembirakan orang lain

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah saya dapat rasakan antara fitrah kanak-kanak ialah suka memberi dan menggembirakan hati orang lain.

Seringkali dilihat kanak-kanak suka memberi hadiah dan barang kepada rakan-rakan , saudara mara atau adik beradik.

Begitu jugalah perihalnya dengan Abang Abbudey. 

Dulu, masa pergi bercuti di Sabah, Abang Abbudey tak lupa untuk beli cenderamata untuk rakan-rakan dan sepupunya juga. (BACA DI SINI)

Dan sekarang ini Abang Abbudey dengan projek bintang ninja origami yang dibuat banyak untuk diberikan kepada rakan sekolahnya

Origami bintang ninja 100% hasil tangan Abbudey yang ingin dihadiahkan kepada rakan-rakannya di sekolah



Jadi kesempatan yang ada ini boleh diterangkan kepada anak2 tentang betapa ALLAH sukakan orang yang menggembirakan hati saudaranya dan bersedekah kepada saudaranya.

Begitu juga tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang mulia.

Jika kita gembirakan hati saudara kita, ALLAH akan beri kegembiraan kepada kita dan permudahkan segala urusan kita, InsyaALLAH.

ALLAH jadikanlah kita semua orang yang pemurah, orang yang gembira, bahagia dunia dan kahirat. 
Amin Ya rabb.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...