Monday, June 30, 2014

Menghafaz Al-Quran dengan Al-Quran Android

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah salah satu inisiatif supaya anak-anak dapat hafaz Al-Quran walaupun terlupa bawak Al-QUran.

Kerana itulah saya sangat suka dengan Aplikasi Al-Quran Android dalam handphone, kerana Handphone adalah antara benda yang sentiasa melekat dengan diri kita, jadi bila-bila masa lapang kita boleh baca Al-Quran.

Begitu juga dengan anak-anak. Contohnya: dalam perjalanan jauh dalam kereta, dan kita tidak bawa AL-Quran, tapi dengan adanya aplikasi Al-Quran dalam Handphone kita boleh menyemak hafazan mereka dan meminta mereka menghafaz AL-Quran.


Aplikasi Al-Quran Androin yang sudah didownload

info ttg Al-Quran Android

Untuk mendengar bacaan, anda perlu download dahulu bacaan sheikh2 ini
banyak pilihan bacaan sheikh yang boleh dipilih



jika anda klik pada icon repeat itu sekali
bacaan satu-satu ayat akan diulang dua kali

jika klik dua kali, bacaan satu-satu ayat akan diulang
tiga kali

jika kosong sahaja, bacaan seperti biasa

Jadi, ia adalah satu cara yang menarik untuk menghafaz Al-Quran sambil melihat dan mendengar bacaan sheikh

Ayat yang dibaca oleh sheikh akan dihighlight dengan warna hijau seperti ayat pertama Surah Muzammil di atas.


Saya pernah mencatatkan tentang AL-Quran dalam handphone di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/06/anak-menghafaz-al-quran-menggunakan.html

http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2013/05/aplikasi-al-quran-dalam-sony-ericsson.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/05/perancangan-kukuh-dan-rapi-untuk.html

http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2013/02/rutin-baru-abang-abbudey.html

**NOTA: SILA AMBIL PERHATIAN:
Walaupun secanggih mana pun aplikasi2 al-quran yg moden ini, tetapi saya tidak menafikan keutamaan untuk membaca AL-Quran dan menghafalnya dari mushaf (kitab) AL-Quran yang asli kerana adakalanya ada kesilapan ejaan dan kesilapan yang lain2 pada aplikasi tersebut. 

Dan mushaf yang bertulisan besar adalah lebih baik dari mushaf yang bertulisan kecil kerana lebih jelas huruf2nya, barisnya dan tulisannya.. (Ini juga adalah pendapat peribadi saya)

APLIKASI CANGGIH MANGGIH SEPERTI INI ADALAH SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR SAHAJA UNTUK MEMUPUK MINAT ANAK2 MENNGHAFAL DAN MEMBACA AL-QURAN DAN MUSHAF AL-QURAN ADALAH ALAT UTAMA UNTUK MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN

Saturday, June 28, 2014

Tafsir Al-Quran dalam Al-Quran Android

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah salah satu kelebihan Quran Android...

Iaitu tafsir Al-Quran.

Ini juga adalah salah satu usaha untuk mentadabbur Al-Quran seperti mana yang pernah ditulis Di sini

Boleh download Quran android dahulu

selepas buka, pergi ke settings


klik pada translations



cari dan download malay translations untuk terjemahan
Bahasa Melayu

Boleh juga terjemahan dan tafisr yang lain

sudah tentu perlu ada line internet ketika download ini

selepas selesai downloa sekali ini, tafsir boleh diguna tanpa line internet, bila2 masa sahaja



klik lama dan klik translate untuk terjemahan satu ayat

tekan icon bumi di atas itu untuk terjemahan mukasurat

terjemahan untuk satu mukasurat terus
slid ke sebelah untuk tukar mukasurat terus

Yg ini pula versi selepas update al-Quran Android

yang ini versi selepas quran android diupdate

klik sahaja icon bumi itu untuk terjemahan


akan  keluar terjemahan ayatnya

dan klik sahaja ayat yang lain untuk terjemahan ayat lain, seperti di bawah ini
apabila klik sahaja ayat lain,
akan terus terjemahan ayat lain

satu update yang menyenangkan, Alhamdulillah

Saya pernah mencatatkan tentang AL-Quran dalam handphone di sini:




**NOTA: SILA AMBIL PERHATIAN:
Walaupun secanggih mana pun aplikasi2 al-quran yg moden ini, tetapi saya tidak menafikan keutamaan untuk membaca AL-Quran dan menghafalnya dari mushaf (kitab) AL-Quran yang asli kerana adakalanya ada kesilapan ejaan dan kesilapan yang lain2 pada aplikasi tersebut. 

Dan mushaf yang bertulisan besar adalah lebih baik dari mushaf yang bertulisan kecil kerana lebih jelas huruf2nya, barisnya dan tulisannya.. (Ini juga adalah pendapat peribadi saya)

APLIKASI CANGGIH MANGGIH SEPERTI INI ADALAH SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR SAHAJA UNTUK MEMUPUK MINAT ANAK2 MENNGHAFAL DAN MEMBACA AL-QURAN DAN MUSHAF AL-QURAN ADALAH ALAT UTAMA UNTUK MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN


ALLAH terangi hati kita semua untuk mentadabbur dan menghayati kalamNya. Amin Ya Rabb

MOGA APLIKASI SEBEGINI MAMPU MEMBUAT KITA LEBIH BERDAMPINGAN DENGAN AL-QURAN DAH TAFSIRNYA, LEBIH2 PADA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI.

RAMADHAN KAREEM. KULLU AM WA ANTUM DI ALFI KHAIR

Thursday, June 26, 2014

Galakkan anak-anak membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada bulan lepas, ada seorang rakan bertanya kepada saya:

BAGAIMANA NAK BAGI ANAK RAJIN MEMBACA?

Jawapan saya ialah:



Kenalkan anak-anak dengan keseronokkan buku ...
Tunjukkan reaksi yang sangat happy bila baca buku kepada mereka

Bacakan buku untuk mereka

Bawa mereka ke kedai dan biar mereka pilih dan beli buku untuk diri sendiri

Jangan beli banyak.... nanti tak terbaca

Beli sedikit-sedikit dulu

INgatkan mereka:
"Mesti baca buku ini sampai habis ye?"

Raikan mereka dengan buku

Jika ada apa2 kejayaan, hadiahkanlah juga dengan buku

Pastikan di rumah sentiada ada buku baru yang menarik minat anak-anak membaca

Buku-buku bersiri sangat menarik minat anak-anak untuk membaca
supaya mereka dapat mengetahui sambungan kisah dalam buku tersebut

ya!

Kurangkan dan jauhkan anak-anak dari gadjets ,tv , games dan yang seumpamanya

Aktiviti yang menyeronokkkan

Kadang2 di akhir buku cerita , terdapat soalan tentang kisah tersebut,
anak-anak sangat seronok bila dapat menjawab bersama-sama


Begitu juga dengan buku teka-teki

Anak-anak sangat suka dengan buku teka teki

Adakala, baca juga buku untuk mereka

Mereka tentu sukakannya

Jika di rumah penuh dengan buku, wakafkan buku tersebut di
perpustakaan sekolah atau rumah kebajikan. Manfaat buku
tersebut dapat dipanjangkan kepada orang lain...
InsyaALLAH

Dan beli lagi buku baru..... yea!

=)


Suasana di bilik mereka apabila ada buku cerita baharu yang mereka pilih sendiri
Alhamdulilah

SELAMAT MEMBACA
ALLAH BERKATI KITA SEMUA

Tuesday, June 24, 2014

Pyssla Beads keychain

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut adalah antara hasil key chain pyssla beads yang Abang Abbudey buat


Bintang ninja

setelah Abang ABbudey susun
sebelum distrika




              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 
yang ini uwais buat

Fokus untuk susun dan reka beads

anak-anak lelaki ini sangat suka bentuk ini
mereka kata ini bentuk bintang ninja

Key chain Daisy Duck ini Abbudey buat untuk kakak sepupunya

Keychain Goofy untuk Uwais
dan keychain Daisy Duck untuk Aufa
semua ini Abang Abbudey buat sendiri

macam2 design yang direka Abang Abbudey


***Mama hanya tolong strikakan dan pasangkan besi keychain.... =)

Permainan yang bagus untuk menambah kreativiti anak2......

Sunday, June 22, 2014

Menggalakkan anak-anak istiqamah makan zabib

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita sedia maklum tentang kebaikan zabib (kismis) untuk minda. Selalu kalau beli kismis, mesti anak2 suka, nak makan banyak2.....tapi untuk membuatkan anak-anak makan setiap hari kadang-kadang menjadi susah kerana selalu lupa.

Jadi, satu usaha supaya ia senang dicapai dan dimakan setiap hari, saya buat begini:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bungkuskan kecil2
satu bungkus setiap hari
satu bungkus ada lebih kurang 21 biji kismis

selesai membungkus kismis2 ini dalam bungkusan kecil2

Moga ia memberi faedah kepada kita semua InsyaALLAH. Amin
=)

Friday, June 20, 2014

Bermain Pyssla Beads

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara aktiviti anak-anak ketika musim cuti yang lalu ialah bermain manik-manik.

Jom lihat antara hasil kerja mereka bermain manik2 ini, (mama cuma tolong strika sahaja):

adik meniru abang punya 


adik mengira bilangan beads yang perlu disusun mengikut Abang Abbudey punya


rangka Mickey Mouse sudah siap

tak tahu benda apa
hasil kerja Abang Abbudey


Goofy (atau dalam Bahasa Arab namanya Bunduq)

selepas selesai distrika supaya lekat

Oh, untuk 2 hasil ini mereka merujuk gambar dalam google Image
(di bawah pantauan ibu bapa ketika menggunakan internet)


Banyakkan selawat dan khatamkan Surah AlKahfi hari ini INsyaALLAH ye

Wednesday, June 18, 2014

Membiasakan anak dengan kerja-kerja rumah

بسم الله الرحمن الرحيم 

Saya pernah tulis di sini tentang betapa saya bersyukur dengan nikmat pemberian ALLAH dengan kebolehan anak-anak menolong melakukan kerja-kerja di rumah, INsyaALLAH kali ini, entri ini akan berkongsi tentang beberapa proses untuk anak-anak belajar melakukan kerja-kerja rumah.


1- AJAR:
Ajar anak-anak cara untuk membuat kerja rumah
2- BAHAGI TUGAS

Contoh:
Mama sapu sampah, Abang ABbudey sidai baju, Adik cuci pinggan

3- KERJASAMA

Jika kerja rumah itu banyak seperti kerja-kerja di dapur, sama-samalah buat dengan anak2

4- BERI PELUANG
Biasanya anak-anak memang suka menolong (+ kacau) ibu bapa melakukan kerja rumah, berilah peluang kepada mereka untuk turut sama melakukannya, InsyaALLAH lama kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan dan memudahkan kerja kita pula.

Apabila musim cuti juga adalah masa yang terbaik untuk membiasakan anak-anak dengan tugasan-tugasan di rumah (RUJUK SINI) (DAN DI SINI)

Moga anak-anak ini menjadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Amin.

Monday, June 16, 2014

Proses dalam memahami dan mentadabbur Al-Quran untuk anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam kolum ini, saya menceritakan tentang proses saya mengajar anak-anak tentang tafsir Al-Quran agar mereka dapat memahami dan mudah untuk mengamalkan Al-QUran.

Rujuk di sini:


Pada entri kali ini, INsyaALLAH saya akan menulis tentang usaha-usaha lain dalam mengajar anak (termasuk anak di SRI TM) dalam memahami dan tadabbur Al-Quran

Antara subjek teras di SRI TM ialah tafsir.

Bagi saya ia kerana anak-anak ini menghafaz Al-Quran dan mereka perlu memahami apa yang mereka hafaz.

Ramai yang menyangka apabila sebut tafsir, tentu berat dan susah. Tapi sampai bila kita nak dimomokkan dengan pemikiran:
Pelajaran agama = susah
pelajaran selain agama = senang

InsyaALLAH kita cuba buka minda dan usaha, InsyaALLAH ALLAH akan permudahkan segala urusan untuk mendalami ilmuNya.



Buku tafsir darjah 1 dan 2



darjah 1
Tafsir Surah AlFatihah, Annas, Alfalaq dan Al-Ihklas


Darjah 2
Al Masad, An NAsr, AL-Kafirun dan Al-Kauthar

anak-anak ini diminta tulis dan hafaz tafsir Al-QUran
Latihan dalam kitab tafsir








Saya cuba untuk memudahkan pembelajaran tafsir untuk anak-anak, doa saya InsyaALLAH ia berhasil.

Selain dari itu, antara usaha lagi ialah memasukkan unsur-usnur dan ayat-ayat Al-Quran dalam pelajaran dirasah fanniyyah (seni)

Rujuk sini:



http://sekolahrendahtahfizmutmainnah.blogspot.com/2014/03/dirasah-fanniyyah-kraf-bulan-mac-2014.html

dan sini

http://sekolahrendahtahfizmutmainnah.blogspot.com/2014/02/aktiviti-dirasah-fanniyyah-2014-minggu.html


Kata-kata peringatan dari tok guru sentiasa menggusarkan hati saban hari:



 

Peringatan dalam buku ini:
Pernah diulas di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/06/info-buku-mauizhah-nikmat-taman-syurga.html

ALLAH berkatilah kita semua  di dunia dan akhirat dengan usaha kita untuk memartabatkan Al-Quran dalam hati anak-anak dan masyarakat. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...