Thursday, April 30, 2015

100 nikmat yang ALLAH kurniakan kepadaku - Siri 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah kita jadi hamba ALLAH yang bersyukur. 

25 nikmat yang pertama

  1. Hidup di dalam Islam
  2. Keamanan untuk menjalani hidup sebagai seorang Muslim
  3. Keluarga yang bahagia
  4. Suami yang soleh dan sentiasa membantu dari segaa aspek
  5. Anak-anak yang sihat dan cerdik
  6. Anak-anak yang soleh
  7. kesihatan untuk menjalani rutin harian
  8. Hidup di dalam alunan AL-Quran setiap hari
  9. kesihatan untuk beribadah
  10. Rumah yang sempurna
  11. Ibu bapa (termasuk mertua) yang memahami Islam
  12. Tempat kerja yang menjaga nila-nilai Islam dan ikhtilat
  13. Kerja yang memberi kepuasan
  14. Mempunyai cita-cita untuk membina ummah yang lebih cemerlang dunia dan akhirat
  15. Pernah belajar agama dan mendalaminya
  16. Berkenalan dengan rakan-rakan yang baik 
  17. Rakan kerja yang harmoni dan saling membantu
  18. Para pelajar yang suci dan setiap hari membaca Al-Quran
  19. Kenderaan yang baik memudahkan urusan harian
  20. Kerja yang menambah pahala berganda-ganda
  21. Nikmat rezeki, tidak pernah sehari pun kebulur
  22. Nikmat tidur (pernah mengalami insomnia ketika tahun akhir di Kuliah Dakwah, amat seksa. Penat tapi tak boleh tidur)
  23. Ibu bapa yang memberi pendidikan Islam ketika kecil
  24. Ibu bapa yang memberi dorongan 
  25. Adik beradik yang harmoni

Monday, April 27, 2015

MInat menulis dan membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari kecil saya amat berminat membaca dan menulis. Bila makin meningkat dewasa, saya minat membaca buku-buku bergenre travelog dan biografi. Bagi saya banyak ikhtibar dan pengajaran yang boleh diambil dari penulisan hidup orang lain. Antara buku travelog yang pernah dibaca ialah karya Prof. Kamil Ibrahim, Puan Roza Roslan, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, Prof.Muhaya dan  Dr.MAZA.

Setiap kali juga membaca travelog, rasa melonjak-lonjak untuk menulis tentang diri sendiri. Dan ia hadir bersama rasa rendah diri (macam bajet sangat nak tulis tentang diri sendiri) dan rasa masih belum mahir menguasai bidang penulisan. Jadi, ditinggalkan sahaja cita-cita tersebut walaupun telah 30 tahun berlalu.

Rasa 'bajet' itu dipadamkan dengan kata-kata dari suami bahawa ada sahaja ulamak-ulamak yang terdahulu yang menulis tentang diri sendiri seperti Ash-Sheikh Al-Imam Asy-Sya'rani yang menulis kitab Al-Minan Al-Kubra. Sepanjang-panjang kitab itu ditulisnya tentang segala nikmat yang ALLAH Subahahu wa taala telah kurniakan kepada beliau. MasyaALLAH.

Saya ambil kata-kata dan contoh Sheikh Asy-Sya'rani sebagai motivasi InsyaALLAH

Kitab Al-Minan Al-Kubra

bab di dalam kitab tersebut.
Semuanya tentang nikmat-nikmat ALLAH kurniakan kepada pengarang kitab






Begitu juga kisah beberapa tahun yang lalu ketika dalam pelajaran Mustolah Hadis yang diajar oleh Anisah Maha Al-harbali. Satu hari beliau bertanya di dalam kuliah:
" Siapa di dalam kelas ini yang menghafaz 30 juz AL-Quran?"

Seperti biasa untuk tidak 'bajet', saya buat dengar tidak dengar sahaja soalan tersebut dan tidak pun mengangkat tangan ditambah dengan sifat orang melayu yang selalunya merendah diri sahaja. Dan seperti biasa juga rakan-rakan akan sebut nama penghafaz Al-Quran di dalam kelas itu.

Anisah bertanya:
"Kenapa kamu tidak angkat tangan? Takut riyak? Ah, zaman sekarang lebih perlukan orang yang menunjukkan amalan soleh dari orang menjaga riyaknya. Macammana orang yang pada zaman yang makin pupus nilai-nilai agama dan akhlak baik ingin mencontohi orang lain jika orang yang baik itu terlalu berlebih-lebih menjaga dirinya daripada 'riyak'?  Biarlah orang lain mencontohi akhlak mulia kamu dan berdoalah kepada ALLAH agar kamu dipelihara dari riyak."

Kena sebijik.

Moga kita dapat memberi teladan baik kepada orang lain dan ALLAH jauhkan diri kita semua dari riyak yang membakar amalan ibarat api membakar kayu.

Saturday, April 25, 2015

Buku cerita kanak-kanak berharga 1 sen

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernahkah anda membeli buku cerita kanak-kanak yang berwarna penuh setiap mukasurat dengan harga RM0.01 AKA satu sen sahaja !!!

Satu sen sekarang pun sudah diluputkan.

Tapi itulah hakikatnya ketika saya membeli buku secara online di sini:

bukti bahagian atas tu.
ketiga-tiga buku dengan harga satu sen sahaja

Kenapa buku tersebut jatuh harga hingga satu sen?

Saya pun tak tahu.

Nak kata buku reject dan buruk, koyak-koyak, tak juga.

Buku yang sampai elok sahaja





Mungkin kerana isi kandugannya cerita dogeng sahaja dan bukanlah membahaskan tajuk buku ini secara saintifik... 


errr.... agak sahajalah








antara koleksi buku dalam siri ini
Tapi memang tak tahu kenapa buku-buku ini berharga satu sen sahaja

Misteri buku berharga 1 sen

Thursday, April 23, 2015

Info Buku: CIkgu Saya Suka Pergi Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini saya beli selepas membaca ulasan tentang buku ini dalam blog ini:
(Saya suka menjengah ke blog ini kerana banyak idea tentang buku-buku yang bagus boleh didapati dalam blog ini)

Bagi saya buku ini sangat menarik, dan antara sebab-sebab saya sukakan buku ini ialah:



1- Tajuknya yang positif dan comel



2- Catatan guru-guru muda tentang pengalaman dan kisah comel mereka dengan pelajar.


3- Terdapat banyak panduan dan ulasan di akhir setiap cerita yang diambil dari sumber-sumber ilmiah yang berkualiti seperti Kitab Tarbiyatul Aulad Karya Sheikh Abdullah Nasih Ulwan


4- Terdapat gambarajah dan carta yang memudahkan kita untuk menghadam info dalam buku ini


5- Ilustrasi yang comel dan bermotivasi



5- Info-info yang berkualiti dan menarik




6- Petikan potongan ayat AL-Quran dan hadis yang mengukuhkan lagi info di dalam buku ini.




Membaca buku ini akan memberi anda emosi tenang, kelakar, serba salah, sedih, syahdu dan bermacam lagi di samping menambah banyak info yang pelbagai.


Monday, April 20, 2015

Info Buku: Menalar Makna Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Nama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil bukan satu nama asing dalam dunia penulisan buku. Buku-buku travelognya di Jordan ketika belajar, di Turki dan lain-lain tempat yang pernah disinggahinya amat menarik.


Buku kali ini adalah kisah travelong beliau ke Turki beberapa kali untuk menyiapkan risalah sarjananya.



Dan untuk buku kali ini lebih berat isi kandungannya berbanding buku-buku tulisan beliau sebelum ini dengan disertakan banyak info-info sejarah berkaitan Turki


Di dalam buku ini juga tak lari dari cerita perihal keadaan perjalanan beliau ke Turki.




Kalau membaca travelog, selalu membuat diri membuak-buak cita-cita untuk menulis sejak dulu lagi, tapi.......... hmmmmmm..... (taktahu nak kata apa.)


Saturday, April 18, 2015

Info buku kanak-kanak: Amazing Airplanes

بسم الله الرحمن الرحيم

Activity book kali ini adalah pilihan Abang Abbudey ketika kami pergi ke Big Bad Wolf di Penang pertengahan Bulan Mac yang lepas

Activity book ini boleh buat 5 kapal terbang 


Harga asal hampit USD15.
Tapi di Big Bad Wolf dijual dengan harga RM15
Tah hairan Abang Abbudey memilih buku ini kerana dia lebih cenderung untuk membeli buku-buku tentang kenderaan dan kapal terbang.


yang dah siap dibuat

mudah sahaja Abang Abbudey buat

info kapal terbang 


Friday, April 17, 2015

Video mendalami Al-Quran dan Bahasa Al-Quran

بسم الله الرحمن الحيم



Buku Bahasa Melayu di Big Bad Wolf Books

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika singgah di Big Bag Wolf Books di Penang Times Square pertengahan Bulan Mac yang lalu, ada juga terdapat buku dalam bahasa melayu, tetapi sedikit sangat.

Apapun oleh kerana harganya yang sangat murah, anak-anak pilih juga untuk dijadikan bahan bacaan cuti sekolah.







yang ini dapat free


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...