Monday, October 10, 2016

Indahnya Motivasi Dari Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Ulangan hafazan Al-Quran hari ini adalah pada Juz 11 dan 12.

Dikurniakan peluang untuk mengulangnya pada pagi hari adalah satu peluang dan anugerah yang besar.

Dapat bangun pagi dengan rasa segar dan Ahmad Zaid pula sedang tidur elok. Alhamdulillah.

Sehari-hari yang dilalui dengan penuh tanda tanya dan pengharapan agar Allah memberikan kami jalan yang terbaik untuk memajukan diri sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat. Dalam perjalanan menuju redha Allah.

Motivasi dari ulangan hafazan pada pagi itu ibarat orang yang sangat dahaga di tengah panas selepas berjalan jauh yang diberikan air sejuk.

MasyaALLAH! Sangat nyaman! 

Itulah kesimpulan yang dapat dirumuskan dari bacaan ayat pagi itu









Apabila sudah menghafaz Al-Quran 30 juz, mestilah dijaga hafazan dengan mengulangnya setiap hari sepanjang hayat.

Ia bukanlah satu bebanan, bahkan satu anugerah.

Tidakkah kita berbangga dan rasa terpilih dapat bersama Al-Quran sepanjang hayat kita?

"HIDUP DAN MATIKU BERSAMA AL-QURAN"

Satu perbezaan besar apabila sekadar mengulang hafazan untuk tidak lupa dan mengulang AL-Quran dengan faham dan tadabbur serta menghayati ayat-ayatnya.

Inilah seruan yang diviralkan pada zaman sekarang.

Alhamdulillah. Ia adalah satu seruan yang bagus.

Agar masyarakat menghafaz Al-Quran dan juga turut memahaminya.

Satu rahmat dan kasih sayang Allah yang besar apabila anak-anak dengan sendirinya bertanya tentang info lebih lanjut dari tafsir Al-Quran yang mereka baca ketika mengulang hafazan. 
Alhamdulillah.

Moga mereka akan terus dalam menghafaz AL-Quran dan memahaminya.
Perkenanlah Ya Rabb!

Satu tips yang saya dapat untuk memahami isi kandung ayat Al-Quran setiap kali kita baca ialah:

Cuba untuk khatam Al-Quran dan membaca tafsirnya sekali.

InsyaALLAH kita akan ingat maksud ayat tersebut ketika mengulangnya pada masa akan datang.

Peluang untuk menyambung PhD dalam bidang tafsir dan Ilmu Al-Quran (Mohon doa agar dapat diselesaikan semua urusan ini dengan baik dan sempurna. ) juga menyedarkan tentang 2 perkara:

1- Luasnya maksud ayat AL-Quran

2- Rujuklah tafsir-tafsir untuk mendapat makna terperinci pada satu-satu ayat  (Anda akan temui jawapannya InsyaALLAH)


Allah permudahkanlah urusan kami untuk terus membina GENERASI AL-QURAN, MEMAHAMI AL-QURAN, BERAMAL DENGAN AL-QURAN DAN BERAKHLAK DENGAN AKHLAK AL-QURAN


Jadikanlah usaha-usaha ini ikhlas kerana Allah dan pemudah jalan menuju redha Allah dan hindarilah usaha kami ini dari fitnah dunia. 

KeranaMu Tuhan yang Maha Berkuasa


Dijemput hadir ke jelajah forum 5 beradik di Masjid Padang Temusu. Sungai Petani. Kedah
Untuk Maklumat lanjut, Sila hubungi 013 420 2206 (Ustaz Amri Mohd Nason )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...