Tuesday, January 31, 2017

Nasihat yang selalu dipesan

بسم الله الرحمن الرحيم


Seringkali dalam diam, selalu terkenang-kenangkan nasihat yang selalu dipesan oleh orang sekeliling.

Dahulu, mak yang selalu pesan nasihat-nasihat ini.

Alhamdulillah, sekarang ini Allah tetap utuskan insan-insan lain yang terus berpesan banyak-banyak kali tentang perkara ini.





Pesanlah banyak-banyak kali kerana kita ini insan yang sering lalai dan lupa dengan kehidupan dunia.


Allah jadikanlah diri kita ini sentiasa mengingatiNya, kembali kepadaNya dan tidak leka dengan dunia yang fana.

Friday, January 27, 2017

Usaha untuk Tadabbur Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم



" Korang belajar Bahasa Arab, mesti senang faham Al-Quran."
Teringat kata-kata mak ketika kami di zaman sekolah dulu.

Belajar Bahasa Arab memudahkan untuk memahami Al-Quran jika berusaha untuk memahami dan tadabbur Al-Quran.

Sebaliknya, jika belajar Bahasa Arab, tetapi tidak berusaha untuk memahami Al-Quran, tidak boleh juga nak faham Al-Quran.

Ia perlu kepada renungan dan fokus.

Begitu juga ia tidak cukup sekadar dengan belajar Bahasa Arab untuk faham Al-Quran, ia juga perlu disusuli dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar agar apa yang kita fahami itu betul dan selari dengan tafsir.

Teringat kisah ketika beberapa bulan yang lalu ketika Abdul Rahman (10 tahun) menghafaz Surah Ibrahim mukasurat 260.

Ketika sedang hantar hafazan, bila membaca ayat:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.


Abdul Rahman bertanya:
"Kenapa mula ayat tu ربنا dengan lafaz jamak, perkataan selepasnya إني dengan lafaz mufrad?"


............................
Errrr........... mama dah beratus kali hafal ayat tu, tapi tak pernah terlintas pun soalan tu.


Allah.....


Kenapa mula dengan lafaz 'kami' dan perkataan selepasnya perkataan 'saya'.?

JAWAPAN:

1- DHOMIR Kami digunakan dalam perkataan ربنا kerana menunjukkan Tuhan kepada Nabi Ibarahim dan zuriatnya

2- Dhomir mufrad , ana ,digunakan dalam إني kerana perintah adalah kepada Nabi Ibrahim seorang.

rujuk:
التفسير الكبير
تفسير أبي السعود
نظم الدرر في تناسب الآيات والسور

Semoga Allah kurniakan kita hati yang mampu tadabbur ayat-ayatNya. AMIN YA RABB...

Tuesday, January 24, 2017

Lubuk Hati Seorang Penulis

بسم الله الرحمن الرحيم

Mencuri sedikit masa untuk menukilkan rasa hati saat menulis.

MasyaALLAH.

Dalam rutin harian menulis untuk tesis bahagian tafsir dan ilmu-ilmu Quran, begitu juga ingin menamatkan buku TUHAN MEMANGGILKKU siri kedua yang bercirikan tafsir dan ilmu-ilmu Al-Quran juga, terlalu banyak rasa yang menusuk hati.

Allah....

1- Rasa kerdilnya diri ini dan ceteknya ilmu di dada.

Allah.....

Kita di zaman ini menulis dengan sangat mudah, suasana yang selesa dan nyaman, kemudahan teknologi yang amat memudahkan penulisan dan rujukan kitab-kitab sarat di hujung jari. 

Ketik-ketik sahaja di Google, ribuan kitab boleh dirujuk.

Ya ALLAH, amat terasa dalam hati hebatnya orang dahulu menulis tanpa Google.

Malahan terasa banyaknya orang dahulu menulis kitab dan mengembangkan Ilmu.

Ya ALLAH, terlalu luas IlmuMu untuk dikutip dan dipelajari seterusnya mengajarkannya untuk dimanfaatkan oleh ganerasi yang akan datang.

Dari dalam lubuk hati berdoa agar Allah jadikan buku-buku yang kami tulis ini meninggalkan kesan dalam hati pemiliknya dan dapat menambahkan ilmu dan kesedaran dalam jiwa mereka.

Buku Tuhan Memanggilku siri 1 yang diterbitkan
pada Bulan Ramadhan tahun lalu







2- Rasanya apabila terhasilnya sebuah buku itu, sebelum pembaca merasa hasil tulisan itu menusuk jiwa mereka, penulis dahulu yang merasai dan rasa hiba dengan apa yang ditulis. 

Walaupun menulis buku ilmiah, namun ada rasa hiba dan sayu di dalam hati.

Contohnya apabila menulis tentang seruan Allah Subhanahu Wa Taala kepada Orang mukmin agar tetap teguh dan memperbanyakkan zikir apabila bertemu dengan musuh di medan peperangan.

Hati ini sayu dan gentar memikirkan dan membayangkan detik-detik sangat takut berada di dalam peperangan.

Terbayang pula dengan realiti orang Islam masakini yang susah dengan serangan musuh di Syria sana, Acheh yang ditimpa ujian dari Allah dan negara-negara Islam yang lain.

Allah.....

Sedang kita dalam nikmat Allah penuh ketenangan dan keamanan...

Allah....

Ampunilah dosa-dosa kami, berikanlah kemenangan dan angkatkanlah kesusahan yang menimpa orang Islam.

Terfikir pula betapa kita perlu menggunakan masa dan nikmat keamanan yang Allah berikan ini dengan penuh manfaat kepada Islam. 

Allah bantulah kami untuk memaksimakan masa dan hidup kami untukMu Ya ALLAH.

Jadikanlah kami orang yang banyak memberi manfaat untuk agamaMu dalam keadaan kami ikhlas melakukannya hanya untukMu Ya Rabb.

Janganlah Engkau jadikan hati kami ini inginkan tujuan selain daripadaMu dan janganlah engkau jadikan hidup kami ini sia-sia.

Allah...

Ampunilah kelekaan kami dan jadikanlah kami orang yang mencintaiMu dan dicintaiMu.

Amin Ya Rabb


Friday, January 20, 2017

Info Buku: Buku cerita Bahasa Arab yang menarik untuk kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebenarnnya AMAT sukar untuk mendapatkan buku cerita kartun berbahasa Arab  yang menarik untuk kanak-kanak.

Hinggakan saya banyak bertanya di booth-booth Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun lepas tentang buku kartun berbahasa Arab untuk kanak-kanak, tapi hampa. Tiada langsung!

InsyaALLAH kali ini saya ingin berkongsi info tentang buku cerita kartun Bahasa Arab yang sesuai untuk kanak-kanak.

Buku ini telah dibeli di kedai buku di Sungai Petani pada tahun lepas. Baru tahun ini teringat nak berkongsi infonya.

Koleksi buku yang kami ada.

Yang telah dibeli pada tahun lepas


Buku-buku ini diterbitkan oleh Syarikat Alasfiyaa 
(Klik untuk PM mereka untuk pembelian)

antara koleksi buku yang menarik  yang boleh di dapati

Isi kandungannya
Berwarna sepenuhnya
Lukisan yang comel
Contoh isi kandungan di dalam buku-buku ini:



Tullisan yang jelas.

Berbaris.

Mudah untuk dibaca oleh kanak-kanak.

Lukisan kartun yang menarik.

Berwarna penuh








Harga buku yang murah

Jangan risau.

terdapat kamus mini di dalam buku yang boleh
memberi makna pada ayat yang anda tidak faham


Contoh isi kandungan kamus mini

Dalam video di bawah ini Abdullah (9 tahun) membaca salah satu buku ini yang bertajuk (Anjing dan bayang-bayang)




Alhamdulillah.

Satu bahan yang baik untuk melatih anak-anak berbahasa Arab

Saya harap selepas ini akan banyak lagi buku-buku yang menarik berbahasa Arab untuk kanak-kanak dapat diperolehi di pasaran, InsyaALLAH.

Wednesday, January 18, 2017

Pencarian kartun-kartun Islamik

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya suka mencari kartun-kartun yang ada unsur-unsur islamik yang baik untuk anak-anak.

Selain yang pernah dicatatkan di sini:

Saya menjumpai kartun ini.

اللؤلؤ والمرجان


Kartun ini sebenarnya pernah ditonton 10 tahun lalu dalam TV di Syria.

Menonton video pembukaan awalnya mengingatkan kenangan 10 tahun lalu tinggal di Syria.


Kartun ini menampilkan akhlak-akhlak mulia yang patut dimiliki oleh Muslim.

Ia juga ditambah dengan dalil dan bacaan hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam kartun tersebut.



Inilah antara sedutan kartun Al-Lu'lu Wal Marjaan




List kartun boleh ditonton di sini:


Boleh download dan pasang di TV untuk gantikan tontonan kepada anak-anak.


Semoga bermanfaat untuk semua 

Monday, January 16, 2017

Senarai Video kartun Islamik Dalam Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lepas, pensyarah arab saya menghantar Whatssapp senarai video kartun islamik dalam Bahasa Arab.


Alhamdulillah

Seronok rasanya.

Bertambah bahan untuk anak-anak untuk memantapkan Bahasa Arab.

Saya kongsikan senarai video You Tube kartun-kartun islamik Bahasa Arab di bawah ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
هذه خلاصة تجربة و تحميل كل ما يفيد أبنائي من أفلام كرتون متنوعة تناسب أعمارهم المختلفة (7- 6- 4.5- 2.5- 7ش) طوال سبع سنوات تقريباً وحصيلة تتجاوز ال .١٣٠ جيجا بيت بدون مخالفات شرعية ولا أفكار منحرفة وبدون تليفزيون مثل: ولله الحمد.

1- فيلم كرتون الناصر صلاح الدين (فتح القدس)
2- فيلم كرتون محمد الفاتح (فتح القسطنطينية)
3- فيلم كرتون طارق بن زياد (فتح الأندلس)
4- فيلم كرتون أسد عين جالوت (سيف الدين قطز)
5- فيلم كرتون صقر القوقاز (شامل باسييف)
6- فيلم كرتون فارس الأندلس
7- فيلم كرتون عثمان الأندلسي
8- فيلم كرتون الأسير عروج
9- فيلم كرتون معركة ملاذكر (القائد ألب أرسلان)
10- فيلم كرتون رحلة الخلود (قصة أصحاب الأخدود)

...

2) أفلام كرتون تربوية تبني شخصية الطفل وتعلمه الشجاعة والصبر والكفاح ونصرة المظلوم والكثير من الأخلاق الحميدة الرائعة
1- فيلم المهند وفريق النينجا (رجل المستحيل)
2- فيلم الملك خالد 
3- فيلم جزيرة النور 
4- فيلم القراصنة وجزيرة الذهب 
5- فيلم سلام والملكة الذهبية 
6- فيلم البطل نور الدين 

...

3) أفلام كرتون مسلية ومضحكة وبها أيضاً أهادف تربوية تصل للطفل في أفضل صورة تناسب عمره "أكبر من 3 سنوات"
1- فيلم شديد وتمام الجزء الأول باللهجة السعودية
2- فيلم شديد وتمام الجزء الثاني باللهجة السعودية
3- فيلم الخرفان مجمع حلقات (شون ذا شيب)
4- فيلم رحلة الأصدقاء
5- فيلم قرية الزيتون 
6- فيلم السندباد البحري
7- فيلم رياح التسامح

...

4) أفلام ترفيهية مرحة وخفيفة تصلح لعمر أقل من 4 سنوات وخصوصاً البنات

2- سمكة الشبوط (31 حلقة تقريباً)
3- محسن ومحاسن (القلب الطيب) (حلقات متجددة)
4- يوميات سمسم (31 حلقة)

6) قنوات يوتيوب يُنصح بها 
1- قناة كارتون إسلامي بدون موسيقى
2- قناة الكرتون الإسلامي (أبو الزبير)
3- قناة كرتون إسلامي هادف

...

ختاماً..
كل ما سبق أمثله فقط ومع البحث وحفظ القنوات سوف تزيد الحصيلة بإذن الله 
وبالتعاون بين الأب والأم يتم تصنيف الأفلام حسب الهدف والعمر والمحتوى
والحمد لله رب العالمين.

Saturday, January 14, 2017

Apakah caranya untuk pelajar MAHIR BERKOMUNIKASI dalam Bahasa Arab?

بسم الله الرحمن الرحيم


Antara cita-cita dan impian sejak dari dulu adalah agar anak-anak dan para pelajar mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab. 
(Allah perkenankanlah doa ini)

Ia adalah satu usaha yang perlu dilakukan secara konsisten, istiqamah dan berterusan.


Jika kita bermula dengan penuh semangat, tetapi tidak berterusan, pasti akan lupa.

Seperti siswa siswi yang pulang dari Negara Arab, apabila tidak menggunakan Bahasa Arab, pasti akan lupa.


Alhamdulillah di Kuala Ketil sekarang ini terdapat ramai pensyarah-pensyarah dari Arab, jadi peluang tersebut dapat digunakan untuk mengasah lagi kemahiran berbahasa Arab.

Ini juga adalah peluang bagi para pelajar


Untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab, MESTI BERLATIH SETIAP HARI!

BUANG RASA MALU DAN KEKOK.

Jika masih rasa malu, kekok, pasti sukar untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

Para pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Arab dalam kelas Kisah-Kisah Nabi.

Para 'dipaksa' menjawab dalam Bahasa Arab agar mereka dapat buangkan rasa kekok dan keras lidah untuk menjawab dalam Bahasa Arab.




Pengajian bersama Mudir maahad dalam Bahasa Arab





Pelajar mestilah berlatih perbualan harian Bahasa Arab.
Bermula dari yang mudah.

Perbualan ditambah pada setiap hari dan dilekatkan di papan paparan maklumat

YANG PALING PENTING USAHA MESTILAH KONSISTEN DAN BERTERUSAN.

BUANGKAN RASA MALU DALAM MENUNTUT ILMU



Gambaran pembinaan kawasan Maahad Al Iman
InsyaALLAH



Alhamdulillah pembinaan asrama kedua telah bermula


 Allah hantarkanlah bantuan agar perjalanan pembinaan Maahad ini dapat disiapkan dalam tahun ini


Semoga usaha dan semangat  ini berterusan dan para pelajar lebih mahir dan sentiasa berbahasa Arab.

Amin Ya Rabb



***NOTA: BANYAK LAGI TIP-TIP, CARA DAN BAHAN-BAHAN UNTUK MEMAHIRKAN DIRI DALAM BAHASA ARAB PERNAH DIKONGSIKAN DI DALAM ENTRI 
DI SINI

DI SINI JUGA
(LINK ENTRI YANG BERBEZA)

DAN DI SINI 
 (LINK ENTRI YANG BERLAINAN JUGA)

***Jangan risau, Bukan SPAM InsyaALLAH

Thursday, January 12, 2017

Ambillah hikmah dari insan lain

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah ciptakan manusia dengan sifat serba kekurangan.

Kesempurnaan hanyalah milik Allah sahaja. Allah itu Maha Sempurna.

Manusia itu lemah dan punya banyak kekurangan.

Kerana itulah kita perlu saling menyempurnakan antara satu sama lain.

Kita seorang sahaja tidak hebat.

Jika bukan kerana Allah yang menutup keaiban diri kita, tiada kehebatan yang dapat dilihat oleh orang lain. Kerana itu janganlah sombong, bongkak dan besar diri.

Perbanyakkanlah melihat sifat positif yang terdapat pada orang lain dan belajarlah dan ambillah hikmah daripadanya.

Saya melihat ramai orang yang berbeza mempunyai nilai positif yang berbeza.

Sebagai contoh:
Si A kekuatannya adalah pada sifatnya yang rajin bekerja dan menepati masa.
Si B pula kelebihannya adalah pada kemahirannya berkomunikasi dengan orang lain. 
Yang C pula dianugerahkan Allah kelembutan dalam mendidik, pandai menyentuh hati orang yang diseru.

Begitu juga dengan nilai positif yang saya dapat lihat pada diri si X.

Si X sangat tidak suka bersembang buruk tentang orang lain.

Mengenali beliau lebih dari 12 tahun membuat saya sering melihat reaksi beliau yang amat tidak selesa apabila ramai orang berkumpul bersembang tentang keburukan orang lain.

Rasa gelisah beliau jelas terpancar dari tindak tanduk beliau apabila 'majlis mengayam ketupat' dijalankan.

Hatta dengan orang yang amat rapat dengan beliau pun, si X tidak mahu bercerita tentang keburukkan musuh yang dibencinya.

Kata si X:
"Apa gunanya kita bersembang tentang keburukan, kejahatan dan aib musuh, buat kita tambah dosa dan sakit hati sahaja."

Begitulah sikap positif yang saya dapat ambil dari si X.

Saya belajar untuk berhenti mengumpat di hadapan beliau.

Tindak tanduk beliau walaupun beliau tidak membuka mulut memberi isyarat betapa beliau tidak suka bercakap buruk dan tidak suka mendengarnya.

Bahasa badan beliau cukup memberi gambaran bahawa beliau tidak mahu meneruskan perbualan yang dimurkai Allah itu.


Siapakah si X?

Biarlah rahsia, agar ia tidak menjadi fitnah kepada beliau.

Doa saya agar Allah berkati hidup beliau, memelihara beliau, dan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada beliau kerana sikapnya yang meninggalkan cakap buruk, mengumpat orang. 

Amin

Monday, January 9, 2017

DIY: Tempat Parking kereta Hot Wheels

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini adalah hasil kerja Abdul Rahman dan Abdullah ketika cuti sekolah hujung tahun lalu.

Oleh kerana rak tempat simpan kereta mainan Hot Wheels mereka telah penuh, mereka ingin tempat simpan yang lain.

Lalu baba belikan bahan-bahannya dan mengajar mereka cara membuatnya.

Sebenarnya tak berapa faham jiwa anak-anak lelaki, kenapa mahu menyimpan banyak-banyak sangat kereta, rimas pula lihat banyak-banyak barang.

Rak kereta mainan Hot Wheels yang dah penuh

Ia adalah hadiah pilihan mereka.

Hadiah atas kecemerlangan mereka



Seharian mereka bertungkus lumus memotong paip pvc, melicinkannya dan melekatkan.

Ahmad Zaid tidak dibenarkan sertai sekali.

Masih belum sesuai untuk turut serta dengan abang-abangnya.

Tunggu besar sikit lagi


Dalam masa sehari, mereka dapat membuat tempat parking kereta mainan Hot Wheels mereka yang baharu

setelah siap dicat





Alhamdulillah, ada ilmu kemahiran hidup yang dapat mereka pelajari.

Usaha untuk mendapatkan sesuatu benda.

Friday, January 6, 2017

Manisnya nikmat keriangan anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

- Selasa
- 13 September 2016
- 11 Zulhijjah 1437


Hari Raya AidilAdha kedua.

Alhamdulillah nikmat keriangan dan kebahagian yang Allah Subahanahu wa taala anugerahkan dengan hidangan makanan yang lazat-lazat, kegembiraan ziarah menziarahai dan kanak-kanak sambil bermain bersama sepupu-sepupu mereka.



MasyaALLAH.

Terasa indah hidup.

Aktiviti anak-anak sehari sebelum raya haji.

Alhamdulillah.

Kemain seronok mereka.

Teringat ketika mereka semua demam campak beberapa minggu yang lalu.

Alhamdulillah semua sudah kembali pulih dan kembali ceria.





Syukur padaMu Ya ALLAH atas nikmat yang melimpah ruah tidak putus-putus.

Jadikanlah nikmat ini berterusan dan jadikanlah ia jalan untuk kami lebih mengingatiMu dan lebih mendekatkan diri padaMu Ya Rabb.

Moga kita semua mendapat kegembiraan di syurga nanti yang lebih indah.

Amin Ya Rabb

Wednesday, January 4, 2017

Bacaaan AlQuran Muhammad Abdullah (8Tahun) di Ujian Saringan Tijan Annour 6

بسم الله الرحمن الرحيم



Abdullah juga seperti abangnya seronok dan bersemangat untuk menyertai program ini.

Alhamdulillah


Kami cuba untuk tidak memaksa mereka dan membuatkan mereka merasa terpaksa.

Sebaliknya cuba dengan santai.

Jika mereka mahu melakukan dengan penuh bersemangat, itu adalah respon yang sangat baik.

Ya ALLAH suburkanlah cinta Al-Quran dalam hati kami.

Peluang untuk menuntut ilmu bersama para sheikh ini adalah satu peluang keemasan.

Moga Allah berkati.


Sunday, January 1, 2017

Cara untuk menghalang gambar dimuat turun dalam aplikasi Whatsapp

بسم الله الرحمن الرحيم

Adakah orang lain juga seperti saya yang selalu rimas apabila banyak gambar yang memenuhi galeri gambar handphone???

 Gambar-gambar yang selalu masuk melalui aplikasi Whatsapp sampai adakala dalam seminggu sehingga 500 gambar memenuhi galeri.

Aduhai...nak kena selalu delete, kalau tidak handphone akan jadi lambat.

Lalu adik saya mengajar cara untuk menghalang gambar dari dimuat turun dan memenuhi handphone kita.

Sangat mudah

Langkah Pertama:
klik di situ dahulu
Langkah kedua:

Klik settings


Klik Data Usage

Langkah ketiga:
Klik salah satu dan yang lain-lain selepas selesai setting yang awalnya

Langkah keempat:

Pastikan kesemua kotak ini kosong dan tidak ditanda / pada semua bahagian-bahagian berikut:
1- When using mobile data
2-When connected On WiFi
3- When Roaming

SELESAI !!



HASILNYA:Gambar dalam aplikasi Whatssapp tidak akan dimuat turun kecuali anda klik untuk muat turun

Selesai sudah masalah dan tak perlu nak delete gambar banyak-banyak setiap minggu
Smoga bermanfaat bagi mereka yang belum tahu lagi.

Apa-apapun, janganlah kita  terlalu leka dengan media-media sosial dan teknologi dan lupa status kita sebagai hamba ALLAH.

Nauuzubillahi min zalik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...