Tuesday, March 28, 2017

Warna-warni tarbiah anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم


"Kehidupan di dunia ini tidak sempurna dan penuh dengan kekurangan. Dunia ini adalah tempat kita diuji. Yang sempurna hanyalah di syurga nanti. Jikalau dunia ini sempurna, maka manusia pasti tidak mahu ke syurga."

Itulah mutiara kata dari Sheikh Ratib Nabulsi yang selalu saya ingatkan kepada diri sendiri




Begitulah dengan mendidik anak seharian. 

Bukan setiap hari itu berjalan dengan baik dan ceria sahaja. Adakala ada juga suram dan hujan ribut. 

Namun secara purata dan keseluruhan,Alhamdulillah semuanya baik. Syukur kepada Allah.

Alhamdulillah juga Allah beri kami peluang untuk sentiasa bersama anak-anak, mendidik mereka sejak bayi. Samada di rumah atau di sekolah, mereka tidak lepas dari pandangan mata kami.

Namun suatu hari nanti, mereka tetap akan berdikari, tidak lagi di bawah pandangan dan jagaan ibu bapa. Ketika itu doa dan sepenuh harapan agar mereka semua sentiasa bertaqwa kepada Allah dan ingat bahawa Allah subhanahu wa taala sentiasa memerhatikan mereka walaupun ibu bapa tidak melihat.

Dalam mendidik anak-anak juga, adakalanya kami juga melakukan kesilapan. Manusia itu memang tidak lari dari kesilapan dan Allah itu Maha Pengampun.


Adakalanya terlebih garangnya, terlebih stress, anak-anak pula kini sudah di usia awal remaja, sudah lain perasaannya bila dimarah. Astagfirullah...... Ampunilah kegagalan kami mengawal api kemarahan dalam dada.


Kemarahan yang pasti di hujungnya ada penyesalan. ASTAGFIRULLAH....


Allah itu Maha Penyayang. Dia menghantar insan untuk menegur kesilapan yang kami lakukan.


Ikhlas dalam lubuk hati untuk mendidik anak-anak dengan bersungguh-sungguh agar mereka menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah, bermanfaat buat manusia dan Ummat Islam. Biarlah zuriat ini menjadi tauladan bagi orang yang bertaqwa. 

Itulah doa yang dipanjat sejak dahulu lagi.


Tidaklah kami inginkan hari yang berlalu dengan sia-sia sahaja tanpa perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, menambahkan ilmu di dada dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Muka akhir dari buku:
The Best Student Of The Day
Oleh:
Dr.Nik Salida & Bahruddin Bekri

Dibaca pada jam 1 pagi tadi.

Ia berbekas di hati!



Kami hanyalah insan yang lemah yang mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang Ilahi untuk menggapai Firdaus bersama-sama. Amin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...