Tuesday, August 29, 2017

Karya Abdullah :Hobi saya


بسم الله الرحمن الرحيم

Dahulu saya tidak tahu apakah hobi saya?

Saya berfikir apa hobi saya?

Saya bertanya mak saya apa hobi saya?

Mak saya berkata:
" Ikut la."

Saya pilih badminton.

Lama kelamaan saya bosan dengan badminton, saya pilih berenang kerana saya baru reti berenang.

Dan lagi sekali saya bosan dengan berenang, saya pilih naik basikal, tapi saya belum reti naik basikal tayar dua.

Hari itu saya berlatih naik basikal tayar dua.

Akhirnya saya berjaya dan sekarang hobi saya ialah berbasikal

Berbasikal ke rumah tok wan sejauh 2 km

Alhamdulillah saya dah boleh bawa basikal 2 tayar!


              Tamat.........

Saturday, August 26, 2017

Karya Abdullah: Kenapa Saya Kena Mencontohi Sifat Rasullullah Sallallah Alaihi Wassalam.?


بسم الله الرحمن الرحيم


Sifat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam  adalah:
Sidik
Amanah
Fathonah
Tabligh.


Nabi Sallahu Alaihi Wasallam  makan dengan  tangan kanan, itu pun daripada sifat nabi MUHAMMAD Sallallahu Alaihi Wassallam.


Sifat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberi rezeki kepada orang yang miskin dan banyak sifat Nabi lagi.

Ayah saya kata kita kena contohi sifat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kerana kita nak menegakkan Agama Islam.

Jika kita contohi sifat-sifat nabi kita akan dapat pahala dan kita akan masuk syurga InsyaAllah.

                        TAMAT..........

Wednesday, August 23, 2017

Belajarlah bersusah dan berniaga

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa minggu kebelakangan ini, anak-anak didedahkan dengan 1 ilmu baru. Iaitu berniaga.

Mereka diminta untuk menjual produk Maahad Al Iman untuk menampung dana Maahad Al Iman.


Jadinya keuntungan tidak masuk dalam poket mereka, sebaliknya didermakan untuk Maahad Al Iman.

Namun baba menjanjikan untuk memberi upah bagi setiap barang yang telah mereka jual.

"Abang dengan adik nak tolong jual Kopi Sawda Al Iman di masjid tak?"

Mereka bersetuju.


Ia adalah satu perkara yang memberikan banyak pelajaran baru bagi anak-anak, antaranya ialah:

1. Belajar bersusah payah dan berusaha untuk membantu agama Allah. Belajar dan lihatlah usaha dan semangat membangun Maahad Al Iman dari tanah yang kosong hingga sudah naik beberapa bangunan kini. 

Kawasan Maahad Al Iman beberapa bulan yang lalu

InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan membina Maahad Al Iman dan mentarbiah anak-anak pelajar.


Kawasan Maahad Al Iman kini

Kawasan Maahad Al Iman kini

Kawasan Maahad Al Iman kini

Asrama puteri

Kawasan Maahad Al Iman kini

Padang Bola

Kawasan Maahad Al Iman kini

Asrama Putera

Kawasan Maahad Al Iman kini

Tapak Masjid

2. Belajar untuk bekerja keras menyiapkan barang dan kotak-kotak, masukkan dalam kereta, keluarkan barang, buka meja lipat, susun barang elok-elok.
Di sana, mereka senang menyusun barang-barang di meja
Semua itu, jika tidak kerana mereka berniaga, mereka tidak akan belajar melakukannya.

Walaupun pada awalnya mereka nampak agak terkial-kial, namun ia menjadi mudah apabila sudah selalu melakukannya.

3. Belajar berkomunikasi.
Banyak tunjuk ajar yang berikan kepada mereka.

"Kalau orang nak mai beli, kena berdiri. Baru nampak kita bersungguh  nak layan pembeli."

Para jemaah sedang  berkerumun membeli produk Maahad Al Iman.

"Lain kali kalau orang datang beli, kena berdiri tau... baru nampak kita bersungguh nak
menjual.:
" Jangan lupa cakap 'terima kasih' dan 'saya jual naa...' kepada pembeli."

Kami bukanlah menyalahgunakan kanak-kanak dan memaksa-maksa mereka meminta sedekah, ia adalah pelajaran tentang usaha.

Moga tiada yang menyalahtafsirkan usaha ini, Ya Rabb!

4. Sementara mereka menunggu di meja jualan, mereka menyalin nota kuliah yang disampaikan oleh baba.

5. Menguji keberanian untuk berkomunikasi dengan orang dewasa dengan penuh adab sopan.

Ia adalah pelajaran tentang akhlak.

6. Belajar mengira wang dan hal ehwal sekitar wang.

7. Sungguh ia adalah ilmu kehidupan yang lebih mencabar dari ilmu di bilik kelas. Ia adalah peluang mempraktikkan semula ilmu yang telah dipelajari di kelas. 

Ia perlu kepada tunjuk ajar dan latihan.


Semoga ia menjadi pelajaran untuk anak-anak agar berusaha kuat untuk meninggikan Agama Islam dan mentarbiah masyarakat.

Kita usaha. Kita doa. InsyaAllah Allah berikan yang terbaik.

Semoga ALLAH membantu kita dan memberi kekuatan untuk mentarbiah anak-anak.


Semoga suasana yang soleh ini memberi kesan dalam diri anak-anak.

Sunday, August 20, 2017

Tarbiah Anak Untuk Tadabbur Al-Quran: Apabila keselesaan ditukar menjadi bencana

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada suatu hari, ketika mengulang hafazan Alquran, hati terfokus kepada ayat Al-Quran di dalam Surah An-Nahl, ayat 112. Ayatnya ialah:





Maksud ayat:
(( Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari ni’mat-ni’mat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.))

Selepas itu sentiasa dibacakan ayat ini kepada anak-anak dan ingatkan kepada mereka agar tidak membazir rezeki.

Apabila makan, jangan membazir, makan sehingga habis. Takut-takut jika kita kufur nikmat Allah, Allah akan gantikan kenikmatan, keamanan dan keselesaan kita kepada kelaparan dan ketakutan.


فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ
"Maka Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan"


Begitulah peringatan yang selalu dipesan kepada anak-anak.

Membazir juga termasuk dalam kufur nikmat.

Namun pada suatu hari, ketika berpesan, Abang Abbudey menjawab:
"Tapi ALLAH kata Allah yang bagi kita keamanan dan bagi makan, ALLAH kata:

Maksud ayat:
(( Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.))

 Alahai...pandailah pulak balas balik dengan ayat Al-Quran jugak:

Terkedu sekejap dengan jawapan Abang Abbudey.

Belum sempat nak jawab apa kepada Abbudey, Abdullah pula jawab:
"Itu orang Quraisy, abang bukan Orang Quraisy."

Erk!!!



(Kerana ayat itu adalah di dalam Surah Quraisy.)

Nota:

Rujukan:

Thursday, August 17, 2017

Karya Abdul Rahman: Keluarga Saya

بسم الله الرحمن الرحيم



Setiap orang mempunyai keluarganya sendiri. Begitu juga dengan saya. 

Saya sangat gembira kerana mempunyai keluarga yang bahagia. 

Pada suatu hari saya dapat seorang adik yang bernama Ahmad Zaid.
Bersama adik-adik saya
Saya sangat gembira kerana dapat seorang adik. Dia sangat comel dan pandai. Dia suka binatang seperti arnab kucing dan burung. 
Ahmad Zaid suka bermain dengan kucing
Saya juga suka burung dan arnab. 

Adik saya lahir di Sungai Petani, Kedah Darul Aman di wisma bersalin Doktor Zainal.

Adik saya suka makan buah pisang dan buah tembikai

Dia takut bunyi mesin pengisar.

Bermain buaian dengan adik-adik

 Pada suatu hari saya ingin mengisar buah tembikai lalu dia menangis

Tamat

Monday, August 14, 2017

Karya Abdul Rahman: Mainan kegemaran


بسم الله الرحمن الرحيم


   Setiap orang ada mainan kegemarannya sendiri. Begitu juga dengan saya ,mainan kegemaran saya ialah kereta `Hot Wheels`.

Kereta milik saya, adik saya dan baba

   Pada suatu hari saya meminta daripada ibu untuk membeli kereta 'Hot Wheels' dari dalam (Shoppe), ibu menyuruh saya menghafal hafazan lama (Al-Quran) sebanyak 20 m/s setiap hari.


  Selepas itu saya membaca dan saya dapat membeli kereta 'Hot Wheel' yang bernama BMW e36 M3 RACE.







      TAMAT
DIHASILKAN OLEH : MUHAMMAD ABD . RAHMAN BIN AMRI

Friday, August 11, 2017

Karya Abdul Rahman: Pindah sekolah


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada tahun 2013 saya belajar di Pasti Mutmainnah yang terletak di Permatang Berangan Sungai Petani hingga ke tahun 2015.

Kenangan ketika pertandingan khutbah PASTI KEDAH


Pada tahun 2016 saya berpindah ke Sekolah Rendah Islam Al-Ihsaniah yang terletak di Tikam Batu berdekatan Pantai merdeka,dan pada pertengahan tahun terdapat seorang hamba Allah mewakafkan sebidang tanah kepada USTAZ SHAHRIR BIN LONG untuk membangunkan sebuah tahfiz. 

Ahli pasukan bola
SRITM 2015


Lalu saya belajar di tahfiz yang bernama SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ MUTMAINNAH yang terletak di Permatang Berangan Sungai Petani .

 Saya belajar di tahfiz tersebut selama 3 tahun . 

Lalu pada bulan 8 tahun 2016 terdapat seorang hamba Allah mewakafkan sebidang tanah di Kuala Ketil untuk membangunkan sebuah sekolah . 




Pembelajaran di Maahad Al Iman


Pada tahun 2017 saya sekolah di Maahad Al Iman Liulumil Quran


Tamat

Thursday, August 10, 2017

Cara Pinjam E-book PERCUMA di Web Perpustakaan Negara Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara ebook menarik yang boleh dipinjam secara percuma di website Perpustakaan Negara Malaysia:


















Alhamdulillah info ini saya dapat dari rakan maya yang juga cintakan buku dan ilmu.

Terbaca post di Facebook Puan Aina Dayana Hilmi




Sejak dari bulan 3 lagi, saya sudah daftar di web Perpustakaan Negara Melaysia di sini:
https://pnm.elib.com.my

Tetapi, ketika itu saya tidak menjumpai ebook yang menarik untuk dipinjam, jadi web ini dilupakan.

Tetapi apabila membaca post facebook Puan Aina Dayana, Alhamdulillah banyak buku-buku yang menarik yang terdapat di website PNM.


Terdapat banyak pilihan buku samada dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau lain-lain

Cara-cara untuk meminjam ebook di web PNM secara percuma ialah:

PERTAMA:
Anda perlu daftar 'sign up' dahulu di web PNM.
mudah sahaja


KEDUA:
Activatekan akaun PNM anda pada emel yang dihantar ke inbox emel anda.
Selepas sign up, bolehlah activate emel anda
KETIGA:
Sedia untuk pinjam buku secara percuma!

Terdapat dua kategori ebook:
1- Ebook yang sedia untuk dipinjam. Boleh klik butang 'pinjam' yang berwarna biru, muat turan
dan terus boleh dibaca.

2- Ebook yang perlu ditempah, kerana ada orang lain yang sedang meminjam ebook tersebut.

Apabila ebook sudah dipulangkan  ada di dalam stok PNM, emel akan dihantarkan kepada anda,
dan anda bolehlah meminjam buku tersebut.

Contoh buku yang sedia untuk dipinjam

Selepas klik 'tempah', buku akan disimpan sehingga sampai tarikh yang anda boleh pinjam dan
emel peringatan akan dihantar kepada anda supaya anda dapat membuat pinjaman
Emel peringatan bagi buku yang anda tempah dihantar kepada anda
apabila buku sudah tersedia untuk dipinjam
Boleh mencari tajuk buku atau syarikat penerbit yang ingin anda pinjam.

Buku-buku PTS banyak terdapat dalam web PNM.
Install di HP, mudah untuk dibuka dan dibaca


Ebook yang anak-anak pinjam, muat turun dan
baca


Senarai buku yang telah dipinjam.

klik 'pulang' untuk memulangkan semula buku supaya anda
boleh meminjam ebook yang lain.

Dihadkan sebanyak 5 ebook untuk sekali pinjam.

Atau buku akan dipulangkan secara automatik selepas tamat
tarikh pinjaman jika anda tidak klik
'pulang'

Senarai buku yang ditempah dan menanti giliran untuk meminjamnya secara percuma

Contoh isi kandungan ebook






Senarai buku yang anda pinjam di kolum
'My Library'

Klik 'store' untuk pinjam dan lihat ebook yang lain yang terdapat di
website PNM





Senarai buku yang dipinjam

Satu usaha yang baik untuk memupuk lagi minat membaca di zaman buku dianggap mahal untuk dibeli.

Anak-anak pun mempunyai banyak pilihan buku untuk dibaca secara percuma!

Sekarang tak boleh dah bagi alasan tak ada duit nak beli bahan bacaan baru bila ia boleh didapati secara percuma. Duduk sahaja di rumah pun dah boleh dapatkan bahan bacaan baru.

Semoga entri ini bermanfaat untuk anda.

Selamat meminjam dan selamat membaca.

Tuesday, August 8, 2017

Karya Abdullah: Kenangan tok wan dan tok

بسم الله الرحمن الرحيم


Dahulu keluarga tok wan saya kecil.



Apabila lahir ramai cucu, keluarga yang kecil menjadi besar.

Bilangan ahli keluarga tok wan dan tok saya sekarang ialah:
7 orang anak dan 19 orang cucu

Kami dengan tok dan tokwan
Apabila hampir Bulan Zulhijjah, tok wan dan tok saya suka pergi beri sedekah di luar negara.

Tok dan tok wan memberi sedekah di Nepal

Tok wan dan tok saya pergi ke India, Kemboja,Nepal dan banyak lagi tempat lain.

Bila tok dan tok wan pergi ke luar negara, kami merasa sunyi sangat.

Kami menungu kepulangan tok wan dan tok.

Apabila tok wan dan tok kami pulang dengan selamat, semua orang gembira.

Semoga tok wan kami dan tok kami panjang umur.


Tok wan kami ialah Mohd  Nason bin Mohd  Noh dan tok kami ialah Salmah binti Hassim.


            Tamat......

Penulis :MUHAMMAD ABDULLAH BIN AMRI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...