Wednesday, April 2, 2025

Salurkan pemikiran ke arah yang betul, jauhilah stress

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/10/22


Pengajian KITAB HIKAM yang diikuti setiap pagi sebelum pergi kerja. Ada Bahasa Arab dan Melayu. Ada beratus-ratus siri. Menyedarkan diri HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN DAN KEHAMBAAN.







Salurkan pemikiran kepada ilmu. Jika tidak, ia akan berfikir perkara yang tidak perlu, yang negatif. Syaitan menguasai pemikiran. Bermujahadahlah. 



Masyaallah pengajian kitab Hikam sangat bagus. Selalu pesan kat banat: Berkatnya ilmu pengarang kitab Hikam ni, dah beratus tahun meninggal dunia (709H), tapi kitabnya masih diajar serata dunia. Banyaknya pahala mengalir untuk pengarang. Beruntungnya.

Monday, March 31, 2025

Hidup ini ibarat Kertas peperiksaan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/10/22

Analogi dunia ini ibarat DEWAN PEPERIKSAAN. Sepanjang hidup kita adalah masa peperiksaan. Ada susah, ada yang senang. Silih berganti tak berhenti.


((Dialah mentakdirkan mati dan hidup untuk MENGUJI: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.)) AlMulk: 2


Lepas satu-satu kertas peperiksaan diberikan. Ujian sakit, ujian rezeki, ujian anak-anak, ujian hati...semuanya. Adakah kita jawab dengan baik? hingga tamat masa, nyawa dicabut. Nanti kita akan lihat keputusannya. 



Hingga DIRI KITA INI juga adalah UJIAN untuk orang lain di sekeliling kita.


(( Dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar? Dan Tuhanmu sentiasa Melihat. )) Alfurqan: 20

Saturday, March 29, 2025

Merancang sebuah kematian

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/10/22


Islam mengajar bahawa perjalanan hidup kita perlu dirancang, termasuklah sekecil-kecil perkara seperti sebelum tidur. Merancang untuk kematian kecil.


Bukan baring terus lena. Pelbagai sunnah dan amalan yang diajar oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.


Ambil wuduk, mula baring sebelah kanan, baca doa, zikir dan macam-macam lagi.




Untuk tidur pun perlu merancang, apatah lagi untuk HIDUP. Dan hidup itu adalah untuk mati, mengindahkan sebuah kematian dengan Husnul Khatimah.


Jom amalkan dan ajar anak-anak doa/ zikir sebelum tidur.



Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada orang yang membaca do'a itu; "Jika kamu mati, maka kamu mati di atas fithrah." [HR. Al-Bukhary ]

Thursday, March 27, 2025

Memori guru dan pelajar

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/10/22


Pengalaman membawa para pelajar ke pertandingan luar sekolah berbeza dengan pertandingan dalam sekolah.


Pelbagai emosi dirasakan bersama-sama. Gembira, gementar, suka duka sama-sama dilalui guru dan pelajar.


Awalnya pelajar seronok bila naik van/ bas beramai-ramai. Tapi bila sampai ke tempat pertandingan...

"Ustazah kaki ana ketaq la." "Ustazah, takut...nak pi toilet." "Ustazah, rasa takut kat jantung."



Begitulah kebiasaannya...


Jika Allah berikan kemenangan, itu adalah bonus. Syukur. Jika tidak menang, kata-kata semangat terus diberikan mengubati luka. Insyaallah ada rezeki di masa hadapan. Jangan kecewa dan putus asa.


Begitulah pengalaman suka duka, sedih gembira yang pelajar akan bawa hingga ke alam dewasa nanti, juga pengalaman alam perguruan.

Tuesday, March 25, 2025

Bahagia jeruk lobak merah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/10/22


Sejak kenaikan harga barang keperluan harian, saya setkan dalam minda untuk tidak meminta rakan-rakan memasak hidangan yang saya gemari.


Sebelum ini, biasa saja kalau katakan kepada rakan-rakan jika teringin makan air tangan mereka seperti masakan rakan-rakan di tempat kerja daripada Mesir seperti mahsyi dan jeruk lobak merah.


Semuanya saya pendam dalam hati agar tidak menyusahkan orang lain.


Alhamdulillah minggu lalu, rakan yang selalu buat jeruk lobak merah memberikan kepada saya sebalang jeruk lobak merah yang telah dibuatnya.



Alhamdulillah. Masyaallah. Seronoknya hati dapat makanan yang kita idamkan dan pendam lama dalam hati.


Terus diucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira kepada rakan tersebut. 💞💞💞

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...