Tuesday, May 31, 2016

Alhamdulillah.... Buku Baharu & Ulang Cetak.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah berita gembira kami terima dari wakil dari Syarikat Galeri Ilmu pada petang jumaat tentang proses ulang cetak buku AKU MAHU ANAKKU SUPER AL-QURAN.
Alhamulillah.

Cetakan kedua

Begitu juga dengan projek untuk Bulan Ramadan ini dengan menerbitkan sebuah lagi buku untuk tahun ini.

Buku berkaitan tentang tafsir yang mengulas ayat-ayat Allah Subhanahu wa Taala yang menarik perhatian orang  mukmin untuk mendengar dan mengambil ‘ibrah dari ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan dengan menggunakan perkataanالذين آمنوا  يا أيها .


Alhamdulillah

Semoga Allah memberi peluang untuk kami terus menulis dan memberi manfaat kepada masyarakat melalui media menulis.

Saturday, May 28, 2016

Ahmad Zaid (6 bulan) membaca Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Video dirakam pada awal bulan ini.

Kelihatan Ahmad Zaid (6 bulan) begitu bersemangat mengeluarkan suaranya untuk membaca Al-Quran seiring dengan bacaan Abang Abdul Rahman.




Moga-moga Ahmad juga mudah untuk menghafaz Al-Quran dengan mendengar bacaan & hafazan abang-abang setiap hari, seterusnya mereka semua dipermudahkan ALLAH untuk memahami AL-Quran serta mengamalkannya.

Amin.

Friday, May 6, 2016

Kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 MAEPS

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah tahun ini kami berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

MasyaALLAH seronoknya dapat ke Pesta Buku.

Pada saya pergi ke pesta buku, bukan hanya dapat membajai minat membaca dalam diri sendiri dan anak-anak, malahan juga dapat menaikkan semangat untuk terus menulis.

Doakan kami.

Saya masih lagi menyimpan niat, idea dan hasrat untuk menulis buku kanak-kanak dalam Bahasa Arab (dan terjemahan melayu).

Setiap hari bercambah-cambah idea dan berkobar-kobar semangat  untuk menulis buku kanak-kanak.

Hasrat begitu membuak di dalam hati dihalang dengan tesis PhD.. Perlu fokus untuk siapkan tesis PhD dahulu, Ya Rabb

Ya ALLAH, berkatilah masa kami dan permudahkanlah kami untuk terus memberi manfaat kepada insan-insan lain.

Antara Perbezaan PBAKL 2016 berbanding yang lepas yang menggembirakan anak-anak ialah:

1- Banyak booth pilihan untuk buku kanak-kanak.

Boleh pilih buku-buku yang banyak manfaat.
Antara buku2 yang anak-anak pilih untuk sepupu-sepupu di Kedah,

Memberi sedekah dan hadiah dapat mencambahkan kasih sayang

Hadiah percuma yang dapat dari Booth Ana Muslim.

Kotak Pensil Besi

Seronok Abdul Rahman & Abdullah

Bersama Puan Roza Roslan di Booth Galeri Ilmu


Bersama Dr.Zahazan

Anak-anak juga seronok kerana banyak aktiviti untuk mereka



Terdapat juga permainan untuk anak-anak di luar dewan.

Berganda-gandalah seronoknya!
















Alhamdulillah...

Tuesday, May 3, 2016

Bertemu kembali selepas 2 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah , selepas 2 tahun tidak bertemu, kami kembali berjumpa dengan Sheikh Muwaffaq dari Turki pada bulan lepas.

Kenangan bersama beliau menghadiri majlis-majlis ilmu bersamanya pada 2 tahun yang lalu pernah dicatat DI SINI dan DI SINI

Sheikh Muwaffaq menitipkan doa kepada Ahmad Zaid

Alhamdulillah, Sheikh menitipkan doa kepada Ahmaz Zaid agar menjadi orang yang soleh. Amin.

Moga kami sekeluarga mendapat keberkatan berdampingan dengan para Ulama. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...